Thursday 12 April 2018

Tiada Doa Khusus Sempena Bulan Rejab

Tiada doa khusus sempena Rajab. Adapun hadis  اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَب، وَشَعْبَانَ، وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ 
Maksud : Ya Allah, berkatilah kami di bulan Rajab dan Sya’ban dan pertemukan kami dengan bulan Ramadhan.

adalah hadis dho'if [lemah]. Hadits ini dikeluarkan oleh Imam Ahmad dalam Musnadnya, Ibnu Suniy dalam kitabnya 
عمل اليوم والليلة

Perlu diketahui bahawa hadis ini adalah hadis yang lemah kerana di dalamnya ada perawi yang bernama Zaidah bin Abi Ar-Ruqod. Zaidah adalah Munkarul Hadis.

Namun, BOLEH membaca doa ini atas dasar keumuman berdoa dan tidak menisbahkannya secara pasti kepada Rasulullah. Dan boleh membaca sebarang doa dari Al Quran dan As Sunnah mahupun karangan sendiri.

  • pu_azmanTiada doa khusus sempena Rajab. Adapun hadis  اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَب، وَشَعْبَانَ، وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ 
    Maksud : Ya Allah, berkatilah kami di bulan Rajab dan Sya’ban dan pertemukan kami dengan bulan Ramadhan.

    adalah hadis dho'if [lemah]. Hadits ini dikeluarkan oleh Imam Ahmad dalam Musnadnya, Ibnu Suniy dalam kitabnya 
    عمل اليوم والليلة

    Perlu diketahui bahawa hadis ini adalah hadis yang lemah kerana di dalamnya ada perawi yang bernama Zaidah bin Abi Ar-Ruqod. Zaidah adalah Munkarul Hadis.

    Namun, BOLEH membaca doa ini atas dasar keumuman berdoa dan tidak menisbahkannya secara pasti kepada Rasulullah. Dan boleh membaca sebarang doa dari Al Quran dan As Sunnah mahupun karangan sendiri.

No comments:

Post a Comment