Wednesday 11 April 2018

Hukum Memakai Cicin Pada Jari Tengah Bagi Lelaki Dan Perempuan

Imam Nawawi ulama besar dalam Mazhab Syafie dalam mensyarahkan Kitab Sohih Muslim mengatakan bahawa sunnah orang lelaki memakai cincin di jari kelingking. Sementara perempuan boleh dipakai di mana-mana jari. Dari Anas bin Malik berkata 
كَانَ خَاتِمُ النَّبِىِّ صلي الله عليه وسلم فِى هَذِهِ. وَأَشَارَ إِلَى الْخِنْصَرِ مِنْ يَدِهِ الْيُسْرَى “Nabi SAW biasa memakai cincin di sini.” Anas tunjuk jari kelingking tangan kiri. [Sohih Muslim]

Ada dalil yang melarang lelaki memakai cincin di jari tengah dan jari telunjuk. Tetapi larangan ini bermaksud makhruh, bukan haram. 
Dalam hadis Saidina Ali, 
نَهَانِى رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم أَنْ أَتَخَتَّمَ فِى إِصْبَعِى هَذِهِ أَوْ هَذِهِ. قَالَ فَأَوْمَأَ إِلَى الْوُسْطَى وَالَّتِى تَلِيهَا “Rasulullah SAW melarangku memakai cincin pada jari ini atau jari ini.” Dia tunjuk jari tengah dan jari setelahnya. [Sohih Muslim]

Imam Nawawi mengatakan bahawa jari setelahnya itu merujuk kepada jari telunjuk. 
Nota!!! : Imam Nawawi mengatakan lagi dalam Syarah Sohih Muslim bahawa para ulama bersetuju bahawa boleh pakai cincin di mana-mana tangan samada tangan kiri atau kanan.

  • pu_azmanImam Nawawi ulama besar dalam Mazhab Syafie dalam mensyarahkan Kitab Sohih Muslim mengatakan bahawa sunnah orang lelaki memakai cincin di jari kelingking. Sementara perempuan boleh dipakai di mana-mana jari. Dari Anas bin Malik berkata 
    كَانَ خَاتِمُ النَّبِىِّ صلي الله عليه وسلم فِى هَذِهِ. وَأَشَارَ إِلَى الْخِنْصَرِ مِنْ يَدِهِ الْيُسْرَى “Nabi SAW biasa memakai cincin di sini.” Anas tunjuk jari kelingking tangan kiri. [Sohih Muslim]

    Ada dalil yang melarang lelaki memakai cincin di jari tengah dan jari telunjuk. Tetapi larangan ini bermaksud makhruh, bukan haram. 
    Dalam hadis Saidina Ali, 
    نَهَانِى رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم أَنْ أَتَخَتَّمَ فِى إِصْبَعِى هَذِهِ أَوْ هَذِهِ. قَالَ فَأَوْمَأَ إِلَى الْوُسْطَى وَالَّتِى تَلِيهَا “Rasulullah SAW melarangku memakai cincin pada jari ini atau jari ini.” Dia tunjuk jari tengah dan jari setelahnya. [Sohih Muslim]

    Imam Nawawi mengatakan bahawa jari setelahnya itu merujuk kepada jari telunjuk. 
    Nota!!! : Imam Nawawi mengatakan lagi dalam Syarah Sohih Muslim bahawa para ulama bersetuju bahawa boleh pakai cincin di mana-mana tangan samada tangan kiri atau kanan.

No comments:

Post a Comment