Thursday 22 February 2018

Cara Mudah Buat Direct Link Whatsapp, Tanpa Save Contact



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Jika anda seorang yang buat bisnes online, bila iklankan sesuatu produk atau servis mesti ramai yang komen PM PM PM walaupun dah detailkan no telefon dan no whatsapp. Jangan risau, selepas baca artikel ini kerja anda menjadi lebih mudah. Customer hanya sekali klik pada link anda dan terus direct ke whatsapp anda tanpa perlu save contact :)


Menggunakan link http://www.wasap.my/

Hanya perlu masukkan nombor anda pada link tersebut. +60 adalah kod bagi negara Malaysia.
FORMAT : http://www.wasap.my/+6[NoTelefonAnda]/[AyatAnda]

CONTOH
http://www.wasap.my/+60181234567  




Jika nak lagi menarik, anda boleh masukkan text. Caranya anda hanya perlu tambah text selepas no telefon anda.

CONTOH
http://www.wasap.my/+60181234567/SayaNakOrder




pada link kita tak boleh jarakkan text. Soo kalau nak nampak cantik nak jarak jugak anda hanya perlu masukkan format  +  atau  %20.

CONTOH
http://www.wasap.my/+60181234567/Saya+Nak+Order



Sekian artikel kali ini. Semoga bermanfaat kepada semua. Terima Kasih :)

Wednesday 21 February 2018

Tips Menjimatkan Bateri IPhone Sehingga 40%




Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya ingin berkongsi cara yang berkesan untuk menjimatkan penggunaan bateri IPhone. Kenapa iPhone? Sebab kebanyakan iPhone bateri memang cepat habis. Saya sendiri adalah user iPhone. Jom kita mulakan :)

1. Off Mobile Data
Matikan mobile data ketika tidak digunakan. Contohnya semasa tidur dan semasa aktiviti yang tidak memerlukan Internet.

2. Off Bluetooth & wifi 
Pastikan Bluetooth dan wifi sentiasa tertutup sebab bila kita on off aeroplane wifi dan Bluetooth automatic akan on. Sedikit sebanyak akan menjejaskan penggunaan bateri kita.

3. Off Notifications 

Setting > Notification
Matikan notifications yang tidak diperlukan seperti game dan aplikasi yang tidak penting. Tips ini sangat berkesan menjimatkan beteri iPhone.















4. Off Spotlingt Search
Setting > General > Spotlight Search
Anda boleh matikan fungsi ini jika anda jarang menggunakannya. Saya off sebab jarang guna Siri.












5. Disable Restrictions 
Parental Control, atau nama lain Restrictions control. Kita boleh memanfaatkan fungsi ini untuk menghalang aplikasi di iPhone kita daripada hilang, menghilangkan safari, membuat aplikasi tidak boleh di delete, menghilangkan app store, menyembunyikan semua aplikasi dan masih banyak fungsi lainya.
Jika rasa anda tidak perlukan semua fungsi itu boleh la Disable Restrictions.


6. On Reduce Motion 
Fungsi "Mengurangi Motion" atau "Mengurangi Gerakan", Anda pengaturan aksesibilitas iOS. Jadi kita pergi Setting > General Accessibility Reduce Motion On

Setelah Anda mengaktifkan opsi ini, Anda akan melihat bahawa efek pembukaan Zoom dan menutup aplikasi telah benar-benar menghilang. latar belakang film yang sama. Tapi efek tidak hilang sepenuhnya. Pembukaan dan penutupan aplikasi atau folder, efek zoom diganti dengan efek fade. 

Info lanjut : Reduce Motion


7. Off Background App Refresh 
Image result
Add caption
Setting > General > Background App Refresh
Saya sangat-sangat sarankan anda Off Background App Refresh ni. memang sangat jimat bateri sebab aplikasi tidak sentiasa berjalan bila kita tak menggunakannya.







Sekian dari saya tips jimatkan bateri iphone anda. Saya akan tambah lagi tips nya memandangkan sudah lama di draf sebab busy sikit..huhu..Semoga bermanfaat :)

CARA MUDAH MEMBUAT ENTER ATAU LINE BREAK PADA BIO INSTAGRAM

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Kali ini saya ingin berkongsi cara mengatasi masalah Enter atau line break tak berfungsi di bio instagram ios/andriod.





Buat Break Line untuk Instagram Menggunakan Aplikasi Lain

Gunakan aplikasi lain kemudian copy dan paste ke bio instagram.
Sebagai contoh, pergi ke SMS taip status apa yang kita ingin tulis, bila dah selesai copy ayat tu dan paste di bio instagram.
Contoh seperti gambar di bawah.

1.
Taip ayat di sms or apa-apa aplikasi lain seperti whatsapp yang boleh tekan enter.















2.
Kemudian copy or cut dan pergi ke bio instagram dan paste..setel.

















Sekian artikel kali ini semoga membantu bagi individu yang tidak tahu cara enter di bio instagram.. :)

Friday 16 February 2018

Pengambilan air tulang belakang selamat, penting untuk kesan kuman serang otak



MITOS menganggap prosedur Lumbar Puncture (LP) iaitu mengambil cecair air tulang belakang atau 'Cerebrospinal Fluid' (CSF) antara sebab berlakunya lumpuh dan kecacatan kepada individu yang menjalani prosedur berkenaan. Anggapan ini adalah antara sebab utama menghalang pakar perubatan untuk mengenal pasti sesuatu penyakit sebelum memberikan rawatan sewajarnya.
Prosedur LP adalah kaedah terbaik bertujuan mengenal pasti penyakit pada otak dalam kalangan pesakit semua peringkat usia.
CSF adalah cecair yang mengalir dalam sistem otak dan juga saraf tunjang, ada beberapa tujuan kenapa air tulang belakang ini diambil. Keadaan CSF akan berada dalam keadaan tidak normal jika ada beberapa penyakit otak dan saraf.


Pakar Perunding Pediatrik dan Neurologi Pusat Perubatan Prince Court, Dr Mohd Feizel Alsiddiq Mohd Fakharuddin, berkata pakar melihat beberapa uji kaji dalam cecair CSF untuk mengenal pasti pelbagai sel kuman, sel darah putih, darah merah dan protein.
Prosedur LP ini kata beliau, tidak dilakukan sewenang-wenangnya kepada semua pesakit. Pakar hanya akan melakukannya terhadap pesakit tertentu selepas menimbangkan risiko serta kepentingannya.

PAKAR Perunding Pediatrik dan Neurologi Pusat Perubatan Prince Court, Dr Mohd Feizel Alsiddiq Mohd Fakharuddin. - Foto Aziah Azmee
Kenal pasti jangkitan
Antara tujuan utama prosedur LP ini adalah untuk mengenal pasti jangkitan kuman di dalam otak yang dikenali sebagai meningitis atau encephalitis.
Kedua-dua jangkitan di dalam otak ini katanya, adalah sangat bahaya dan harus dikenal pasti menerusi prosedur LP secepat mungkin.
Jika jangkitan berada pada tahap serius dan lambat diberi rawatan, beliau berkata jangkitan boleh merebak dengan cepat dan berisiko meragut nyawa.
Prosedur LP ini juga dilakukan bertujuan mengenal pasti sel barah di otak serta penyakit saraf seperti `Multiple Sclerosis' atau `Guillain-Barre Syndrome'.
Katanya, ketika prosedur berlangsung, kebiasaannya pesakit diberi ubat pelali bagi mengelak sebarang kesakitan dan pergerakan. Ia seperti prosedur mengambil darah menggunakan jarum halus, tanpa meninggalkan sebarang parut atau lubang.

TUJUAN utama prosedur LP ini adalah untuk mengenal pasti jangkitan kuman di dalam otak yang dikenali sebagai meningitis atau encephalitis. - Foto Aziah Azmee
Prosedur suntikan satu jarum
"Prosedur ini tidak mengambil masa yang lama dan hanya dilakukan di dalam bilik prosedur hospital dengan persekitaran yang bersih. Sebelum memulakan prosedur, pesakit baring secara mengiring, kaki dan badannya dibengkokkan sedikit.
LP mesti dilakukan oleh pakar membabitkan prosedur suntikan dengan memasukkan satu jarum halus di hujung tulang belakang. Jarum tidak akan terkena pada tulang atau saraf tunjang, hanya berada di kawasan cecair pada saraf tunjang.
"Kemudian cecair CSF ini mengalir keluar secara sedikit dan perlahan-lahan untuk dikumpulkan sampel. Jumlah CSF ini yang diambil pula dalam jumlah yang sedikit, kemudian dimasukkan dalam tiga hingga lima tiub berasingan.
Sampel air tulang belakang ini dikumpul di dalam bekas steril sebelum dihantar terus ke makmal perubatan," katanya.

LUMBAR Puncture mesti dilakukan pakar kerana membabitkan prosedur suntikan dengan memasukkan satu jarum halus di hujung tulang belakang. Jarum tidak akan terkena pada tulang atau saraf tunjang, hanya berada di kawasan cecair pada saraf tunjang. - Foto Aziah Azmee
Salah faham masyarakat 
Terdapat salah faham dalam kalangan masyarakat mengenai prosedur LP ini. Tanpa penjelasan terperinci pesakit dan juga waris beranggapan kaedah berkenaan memberi kesan negatif seperti lumpuh, cacat dan sakit tulang belakang berpanjangan.
Prosedur LP adalah seperti kaedah "Epidural" yang semakin popular dalam kalangan ibu bersalin untuk menahan sakit dan "Spinal Anaesthesia", iaitu bius separuh badan.
Umum sering terkeliru dengan menyamakan LP dengan prosedur pengambilan air sum sum tulang atau "Bone marrow aspiration (BMA) ". Sedangkan prosedur BMA bertujuan mengenal pasti serangan penyakit leukemia atau kanser darah dan tidak ada kaitannya dengan penyakit otak atau saraf.
Sebelum memulakan prosedur LP, pakar akan mengadakan sesi kaunseling bersama ibu bapa atau waris pesakit untuk memberi penerangan mengenai prosedur berkenaan dan mendapatkan keizinan daripada mereka.
Pada masa sama pula, keluarga pesakit boleh mendapatkan rujukan tambahan (second opinion) daripada pakar lain mengenainya. Namun begitu keizinan daripada pihak waris tidak harus dilengahkan bagi membolehkan prosedur dilakukan secepat mungkin dan rawatan dilaksanakan segera.
Menerusi prosedur ini juga, Dr Mohd Feizel Alsiddiq berkata, pakar dapat mengenal pasti jenis kuman serta apakah penyakit serta antibiotik paling sesuai untuk melawan kuman berkenaan. Kaedah ini memudahkan doktor mengenal pasti jangkitan kuman dalam otak pesakit.
Komplikasi minimum 
Ada kes tertentu tidak membenarkan pakar melakukan prosedur LP berkenaan seperti dalam situasi pendarahan di dalam otak, tekanan otak yang tinggi, `cerebral edema' atau pesakit yang mempunyai masalah tekanan darah tidak stabil.
Seperti juga semua prosedur perubatan, ada sedikit risiko berlakunya komplikasi namun ianya jauh lebih rendah berbanding prosedur atau pembedahan biasa yang lain seperti `appendicectomy' atau pembedahan kelahiran `caesarean'.
Antaranya kesan lebam pada tempat berkenaan, sakit kepala, sakit pada tempat suntikan dan sedikit pendarahan. Namun harus ditegaskan bahawa peratusannya sangat rendah kurang satu peratus dan komplikasi ini semua minimum dan bersifat sementara.
Komplikasi yang sering dikaitkan oleh masyarakat seperti kematian, lumpuh serta kecacatan kekal akibat prosedur LP ini tidak akan berlaku.
Keadaan lumpuh serta kecacatan pesakit terjadi adalah disebabkan penyakit serangan jangkitan otak yang serius dan lambat dirawat. LP hanyalah antara prosedur yang harus dilakukan untuk merawat pesakit yang disyaki mengalami jangkitan otak dan bukan penyebab kepada komplikasi penyakit otak atau saraf berkenaan.
Jika masyarakat boleh menerima prosedur "Epidural" serta "Spinal Anaesthesia" sebagai selamat, tiada sebab masyarakat harus takut dengan prosedur LP yand sebenarnya adalah prosedur yang sama.
Prosedur ini tidak akan mengurangkan kandungan CSF dalam otak atau badan pesakit kerana cecair berkenaan sentiasa dihasilkan secara semula jadi.
LP mengambil kira memilih bahagian hujung tulang belakang kerana di situ kawasan yang paling selamat dan jauh dari saraf tunjang. Kaedah ini selamat untuk bayi baru lahir hinggalah kepada individu berusia.
INFO: Proses pengambilan cecair air tulang belakang (CSF) 
    Di sesetengah negara prosedur ini tidak perlu kebenaran waris kerana diperakui selamat
    Prosedur dalam tempoh 10 hingga 15 minit
    Jumlah air tulang belakang yang diambil 1.0 - 1.5 mililiter
    Tempat paling sesuai - antara dua vertebra L4 dan L5 kerana bahagian ini paling selamat
    Bahagian berkenaan akan dicuci supaya bebas daripada kuman
    Cecair air tulang belakang (CSF) yang normal tidak berbau, tidak dijangkiti kuman berwarna jernih
    CSF yang dijangkiti kuman akan keruh dan lebih pekat
    Rawatan pesakit ditentukan berdasarkan hasil keputusan ujian cecair terbabit.
    Sumber : Berita Harian

Wednesday 14 February 2018

TUTORIAL CARA MUDAH BUAT BUTTON BACK TO TOP

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Okay tutorial kali ni sangat mudah okay. Banyak cara nak buat button back to top kan? Yang ada tu sampai tak menjadi-jadi kan? Haha. Takpe,, kali ni aku bagi ajar cara paling mudah lah nak buat button arrow back to top tu. Ha meh follow tutorial ni..

Jadi kita mulakan.

1. Pergi 'Dashboard'
2. a. Untuk blogger yang guna 'Blogger Old Interface' : Buka ruangan 'Design' ==> 'Add Page Element'
    b. Untuk blogger yang guna 'Blogger New Interface' : Buka ruangan 'Layout' ==> 'Add a Gadget'
3. Pilih element/gadget 'HTML/Javascript'
4. Copy kod dekat bawah ni :
<a style="display:scroll;position:fixed;bottom:5px;right:5px;" href="#" title="Top">
<img src="https://png.icons8.com/metro/50/000000/long-arrow-up.png" /></a>

5. Paste code tadi tu dekat bahagian 'HTML/Javascript'

PENGUBAHSUAIAN :
https://cdn2.iconfinder.com/data/icons/free-basic-icon-set-2/300/9-128.png : Korang boleh tukar lah gambar/icon arrow kauorang sendiri. Boleh cari dekat iconfinder ataupun glittergraphic atau pun kat mana-mana lah. Nak senang cari dekat icons8.com.

5. Save dan lihat hasilnya dekat blog korang okay.

Tuesday 13 February 2018

Contact

Hai   :)

Anda boleh berhubung terus dengan saya pemilik blog ini melalui :-



AkaunContact
Emailzulhelmybaharom94@gmail.com            
Facebook  Zulhelmy Baharom
Twitter@ZulhelmyBaharom
Instagramhttps://www.instagram.com/zulhelmy_94  
YoutubeTakde Channel..hahahaa :)
Google +G+ Zulhelmy

Monday 12 February 2018

Mempercepatkan Internet


Untuk mempercepat koneksi internet dapat dilakukan dengan berbagai macam cara, salah satunya ialah dengan menggunakan software. Dan untuk jenis dan macamnya, ada banyak software untuk mempercepat koneksi internet yang bisa Anda gunakan. Di bawah ini ada beberapa software yang bisa Anda gunakan untuk mempercepat koneksi internet Anda.

1. Flash Speed 200%
Flash Speed 200% merupakan akselerator Internet yang membantu Anda mengoptimalkan kecepatan koneksi internet Anda 200% atau lebih. Software ini mengubah beberapa pengaturan Windows untuk memberikan kinerja yang lebih cepat, dan mengoptimalkan kecepatan koneksi Internet Anda 200% atau lebih. Flash Speed 200% ini mendukung optimalisasi Dial-Up, Lan, Cable, ADSL, HDSL, VDSL dan koneksi PPPoE hingga 200% lebih cepat. Juga dapat meningkatkan kecepatan download Anda.

2. Modem Boster
Modem Booster adalah sebuah software freeware yang bisa kita pakai sepuas nya, Modem Booster juga mendukung berbagai koneksi internet, Dial up, ADSL, LAN, dan lain nya. Fitur Auto Tuning lah yang membuat modem booster mendukung berbagai koneksi internet.

3. Firefox Ultimate Optimizer
Firefox Ultimate Optimizer merupakan salah satu software mempercepat koneksi internet yang berfungsi untuk optiamasi Browser firefox

4. FullSpeed 2.7 
FullSpeed 2.7 merupakan software yang dapat mempercepat koneksi internet Anda dan Anda akan mendapatkan kinerja terbaik dari koneksi internet Anda saat ini. FullSpeed 2.7 akan meningkatkan kecepatan Internet online Anda dengan semua yang anda lakukan: lebih cepat download, web browsing dan loading halaman web, streaming data, email, P2P dan game. FullSpeed 2.7 juga akan meningkatkan kinerja komunikasi bisnis yang memanfaatkan teknologi Broadband termasuk sesi Remote Desktop, intranet dan extranet melalui VPN dan WAN. Satu klik itu dilakukan, tidak ada pertanyaan atau pengetahuan apapun yang diperlukan. FullSpeed 2.7 juga tidak memiliki banner, popup, iklan, kontrak, langganan, virus atau malware apapun. Kinerja pengujian perangkat lunak bebas juga termasuk untuk pengujian dan perbandingan kecepatan download dan kinerja web browsing.

Namun satu hal penting yan perlu Anda ingat, 4 software untuk mempercepat koneksi internet di atas tetap hanya sedikit membantu untuk mempercepat koneksi internet Anda. Karena walau bagaimanapun juga banyak faktor lain yang dapat meningkatkan kecepatan internet, mulai dari spesifikasi dan kondisi komputer, karena jika komputer Anda lelet tetap saja akan mempengaruhi kecepatan saat browsing ataupun bermain game onlline. Selain itu juga pengaruh dari browser, usahakan tidak menggunakan addons yang dapat memperberat kerja browser. Dan yang paling penting, jaringan itu sendiri, kalau jaringannya yang jelek, ya mau diapain pun tetap saja koneksinya akan lelet.


Kredit : http://www.arvie-13.com/2013/03/4-software-untuk-mempercepat-koneksi.html#ixzz2Shg5n1vK 
KEDEKUT

Jangan kedekut taik idung masin...😎

Nabi saw. bersabda, "Seburuk-buruk sifat yang ada kepada seseorang adalah bakhil dan penakut." (HR Abu Daud di dalam Sunan Abu Daud, hadis no: 2150)

Nabi saw. bersabda, "Ada tiga hal yang dapat membinasakan diri seseorang iaitu kedekut yang ditaati, hawa nafsu yang diikuti dan ujub (rasa kagum dengan diri sendiri).”. (HR Al-Bazzar dan Al-Baihaqi)

Dari Abu Hurairah r.a. katanya, dia mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Perumpamaan orang yang kedekut dengan orang yang pemurah seperti dua orang yang memakai baju besi yang menutupi dadanya sampai ke leher. Orang yang pemurah, bajunya lapang dan sempurna menutupi badannya hingga ke anak-anak jarinya dan menghapus jejaknya (dosanya). Sedangkan orang yang kedekut disebabkan dia tidak mahu menafkahkan hartanya, maka tiap-tiap cantuman bajunya sendat di tempatnya, dia berusaha mahu melonggarkannya tetapi tidak pula longgar.” (HR Bukhari)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Tidak ada suatu hari pun yang seorang hamba bangun pagi melainkan turun dua malaikat ke bumi. Yang satu berdoa, ‘Ya Allah! Berilah ganti kepada hamba-Mu yang menafkahkan hartanya.’ Dan yang satu lagi berdoa, ‘Ya Allah! Binasakanlah harta orang-orang yang kedekut.’” (HR Bukhari)

Rasulullah SAW bersabda, ”Sesiapa yang ditanya tentang ilmu lalu dia menyembunyikannya akan diikat mulutnya dengan kekang dari api neraka pada hari kiamat.” (HR Abu Daud dan Tirmidzi)

Daripada Ali bin Abu Talib r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Orang yang bakhil ialah orang yang mendengar namaku disebut tetapi tidak berselawat ke atasku." (HR Tirmidzi)

Firman Allah, "Dan jangan sekali-kali orang-orang yang bakhil dengan harta benda yang telah dikurniakan Allah kepada mereka menyangka bahawa keadaan bakhilnya itu baik bagi mereka. Bahkan ia adalah buruk bagi mereka. Mereka akan dikalongkan (diseksa) dengan apa yang mereka bakhilkan itu pada hari kiamat kelak. Dan bagi Allah jualah hak milik segala warisan (isi) langit dan bumi". (Ali-Imran ayat 180)

Firman Allah, "Dan sesiapa yang menjaga dirinya dari sifat bakhil maka itu lah orang yang berjaya." (al-Hasyr ayat 9)

Wallahu a'lam.

Sunday 11 February 2018

Solat Sunat Rawatib


Rawatib berasal daripada perkataan ‘raatib‘ yang bermaksud berterusan. Oleh kerana itu Solat Sunat Rawatib dilakukan beriringan secara berterusan sebelum dan selepas solat fardhu lima waktu.
Solat Sunat Rawatib biasa juga disebut solat sunat Qabliyyah (sebelum) dan sunat Ba’diyyah (selepas). Ia merupakan pendamping atau pelengkap bagi solat wajib yang bertujuannya untuk mencari keredaan Allah di samping menampung sebarang kekurangan ketika melakukan solat fardhu.
.
Selepas azan Zuhur dianjur mengerjakan solat Qabliyyah dua rakaat. Apabila cukup waktu kerjakanlah dua rakaat lagi. Setelah selesai solat fardhu Zuhur, kerjakanlah solat Ba’diyyah dua rakaat pula, bila ada masa tambahkanlah dua rakaat lagi.
Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang tetap mengerjakan solat sunat sebelum dan selepas Zuhur sebanyak 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan dirinya dari api neraka” (H.R. Abu Daud & Tirmidzi)
Ibnu Umar meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda; “Semoga Allah merahmati orang yang solat sunat Zuhur empat rakaat.” (Hadis riwayat Ahmad dan At-Tirmizi r.a.)
Pada Solat Sunat Rawatib sebelum Asar (Qabliyyah) adalah dua hingga empat rakaat manakala selepas Asar tidak ada rawatib Ba’diyyah.  Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang solat sunat sebelum Asar 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan jasadnya dari api neraka” (H.R. At-Tabrani)
.
Selepas solat fardhu Maghrib kita boleh melakukan Solat Sunat Rawatib Ba’diyyah sebanyak dua rakaat dan solat Maghrib tidak ada Rawatib Qabliyah. Pada solat Isyak terdapat dua rakaat Solat Sunat Rawatib Qabliyyah dan dua rakaat Ba’diyyah. Adapun untuk solat Subuh, hanya ada dua rakaat sebelumnya (Qabliyyah), Solat Subuh tidak ada Solat Rawatib Ba’diyyah malah makruh solat selepas subuh.
.
Terdapat beberapa hadis yang menerangkan mengenai keutamaan Solat Sunat Rawatib. Jumlah yang mu’akkad (digalakkan) ialah 10 raka’at atau 12 raka’at, dalilnya:
عَنِ ابْنِ عُمَرَ أَنَّهُ قَالَ حَفِظْتُ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَشْرَ رَكَعَاتٍ رَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الصُّبْحِ
Dari Ibnu Umar bahawa; “Rasulullah SAW tidak meninggalkan solat (sunat) 10 rakaat iaitu 2 rakaat sebelum Zuhur, 2 rakaat sesudahnya Zohor, 2 rakaat selepas Maghrib, 2 rakaat seusai Isyak (juga di rumah) dan 2 rakaat sebelum solat Subuh.” (HR Bukhari-Muslim, Bukhari)
.
عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ ثَابَرَ عَلَى ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً مِنْ السُّنَّةِ بَنَى اللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الْفَجْرِ
Dari Aisyah r.a., Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang sentiasa (berterusan) mengerjakan  solat (sunat) 12 rakaat, Allah SWT akan membina rumah baginya di syurga, iaitu; 4 rakaat sebelum solat Zuhur dan 2 rakaat selepas Zuhur, serta 2 rakaat sesudah Maghrib, 2 rakaat  selepas Isyak dan 2 rakaat lagi sebelum solat Subuh.” (Hadis riwayat Turmizi r.a.)
.
.
Solat sunat Rawatib yang mu’akkad
Solat 2 raka’at sebelum solat fardhu Subuh.
Solat 2 raka’at sebelum solat fardhu Zuhur atau Juma’at.
Solat 2 raka’at selepas solat fardhu Zuhur atau Juma’at.
Solat 2 raka’at selepas solat fardhu Maghrib.
Solat 2 raka’at selepas solat fardhu Isyak
.
Apabila ada kekuatan dan kelapangan lakukanlah 12 raka’at Solat sunat rawatib yang sudah tentunya lengkap dan sempurna. Jika kesibukan, cukuplah lakukan 10 raka’at sahaja.
.
.
CARA MENGERJAKAN SOLAT SUNAT RAWATIB
1. Cara mengerjakan Solat Sunat Rawatib ini sama seperti dengan cara mengerjakan solat Subuh, hanya niatnya yang berbeza. Solat Sunat Rawatib Zuhur, berniat mengerjakan solat sunat rawatib Qabliyyah atau Ba’diyyah dan dikerjakan dengan cara individu (Munfarid, tidak berjamaah).
.
2.  Niat Solat Rawatib:
a.  Solat Sunat Rawatib Qabliyyah (sebelum)
Daku menunaikan solat sunat sebelum (Zuhur / Asar / Isyak / Subuh) dua raka’at, kerana Allah Ta’ala.
.
b.  Solat Sunat Rawatib Ba’diyyah (selepas).
Daku menunaikan solat sunat selepas (Zuhur / Maghrib / Isyak) dua raka’at, kerana Allah Ta’ala.
.
3.  Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:
Rakaat 1:  Surah al-Kafirun
Rakaat 2:  Al-Ikhlas
.
.
Peringatan:
Semasa melakukan takbiratul ihram solat sunat Rawatib, wajib diniatkan sama ada solat itu Qabliyyah atau pun Ba;diyyah.
Solat sunat sebelum fardhu Subuh dan sebelum fardhu Asar tidak perlu disebut atau diniatkan Qabliyyah.
Solat-solat sunat Rawatib ini tidak dituntut berjama’ah.
Solat-solat sunat Rawatib lebih utama dikerjakan di rumah.
Jika lebih 2 raka’at, lakukan tiap-tiap 2 raka’at satu salam.
.
.
Qada solat Rawatib
Nabi Muhammad SAW sangat mementingkan dan menjaga solat-solat sunat, terutama yang mu’akkad.  Rasulullah SAW bersabda; “Dua rakaat sunat Subuh, lebih aku sukai daripada seisi dunia.” (Hadis riwayat Muslim)
Masuknya waktu solat sunat qabliyyah adalah ketika masuknya waktu solat tersebut dan ianya berakhir setelah masuknya waktu solat selepasnya. Apabila Rasulullah SAW tidak dapat melakukan pada waktunya, Baginda SAW pasti akan mengqadakan solat tersebut pada waktu berikutnya.
.
Daripada Aisyah r.a.; “Bahawa jika Rasulullah SAW tertinggal solat empat rakaat sebelum Zuhur, maka Baginda SAW melakukannya selepas Zuhur.” (Hadis riwayat Turmizi r.a.)
Daripada Kitab ‘Mughni al-Muhtaj’; “Seandainya terluput akan solat sunat yang berwaktu, disunatkan mengqadakannya.”  Maka solat sunat yang berwaktu boleh diqadakan sama seperti solat fardu.