Monday 6 May 2013

Tonton Youtube Secara Muka Penuh Pelayar Web



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

YouTube memiliki fungsi menonton secara paparan penuh. Hanya dengan klik fungsi paparan penuh pada ruangan yang disediakan anda sudah dapat menonton dengan tenang. Tetapi jika anda seorang pengguna tegar laman sosial. Mungkin agak sukar untuk melakukan hal yang sedemikian. Mungkin juga anda seorang peniaga alam maya dimana anda memiliki pelanggan yang ramai. Untuk rehat sebentar sahaja pun agak sukar. Jadi,dengan fungsi yang akan dibincangkan sebentar lagi. Ketenangan itu mungkin wujud meskipun tidak tinggi.


Seperti yang saya katakan tadi dimana artikel ini sebuah artikel tutorial mudah dan ringkas. Jadi,tidak usahlah saya berpanjang lebar. Kita teruskan kepada tujuan kita.

1. Kunjungi laman penstriman video YouTube Malaysia.

2. Pilih video yang anda ingin tonton. Sebagai contoh saya memilih video "Counterplay" Live Action Short oleh SiliconGold.

3. Salin ID bagi video anda. Salin selepas simbol sama dengan (=) Contoh:-
https://www.youtube.com/watch?v=AHRMtrb7vE0
4. Buka satu tab dan taipkan pautan dibawah. Masukkan ID video selepas huruf v/.
https://www.youtube.com/v/AHRMtrb7vE0

 


5. Jadi,tontonlah dengan gembira.

[Kemaskini].
Daripada sumber bebasmendapati bahawa kaedah ini juga dapat digunakan untuk melepasi sekatan umur yang ditentukan pada sebuah video. 

Assalamualaikum.



SUMBER : omghackers

No comments:

Post a Comment