Badan kita terdiri dpd 60% cecair manakala organ terpenting iaitu otak pula mengandungi 75% air. Lihat betapa pentingnya air kepada tubuh kita.
Pengambilan air yang mencukupi secara konsisten akan membekalkan sumber mineral terpenting dalam keseimbangan tubuh.
Antara fungsinya ialah:
1) Memastikan tubuh sentiasa terhidrat dan mengawal suhu tubuh pada tahap yang normal.
2) Memastikan supaya organ2 spt hidung, mulut ,mata, kulit sentiasa dalam keadaan lembap dan berfungsi dgn baik, melancarkan proses dalam tubuh.
3) Mengurangkan bebanan kerja buah pinggang dalam berfungsi menyingkirkan bahan buangan dan toksin menerusi air kencing.
4) Air adalah agen pembawa nutrient dan oksigen kepada semua sel tubuh yang memerlukan.
5) Air bertindak sbg pelincir pada sendi2 dan amalan meminum air pada jumlah yg mencukupi dpt menghindari serangan penyakit sendi dalam jangka panjang.
6) Air juga melarutkan mineral dan nutrien bagi memudahkan ia diserap tubuh.
7) Mencergaskan tubuh anda dan berasa ringan sekaligus membantu proses mengurangkan berat badan.
FORMULA pengiraan bagi mengetahui jumlah air yg perlu diminum:
Sebanyak 1 liter untuk setiap 25kg berat badan.
Contoh katakan berat badan anda 75kg, maka jumlah air yang perlu diminum :-
1liter – 25kg
75kg / 25kg = 3 liter air #
Tanda2 badan terhidrat :
Air yg diminum keluar dari badan menerusi pelbagai mekanisma tubuh. Dianggarkan 1.5 liter dikeluarkan sbg kencing, 1 liter lg terbebas menerusi perpeluhan,pernafasan & penghadaman oleh usus.
Badan yg tidak mendapat bekalan air secukupnya akan menunjukkan petanda seperti kepenatan, kekeringan di mulut, rasa sakit ketika kencing, gejala sembelit, sakit kepala, pertambahan berat badan, sakit otot, ketidakstabilan emosi & keletihan.
Cara pengambilan air yg betul:
1) Meminum air pada kuantiti yg banyak sekaligus adalah cara yg salah kerana bdan tidak mendapat bekalan air yg berterusan untuk menampung pelbagai proses dlm tubuh sepanjang hari.
2) Maka, jadikanlah rutin meminum segelas air setiap stgh jam. Usah tunggu haus untuk minum.
3) Bagi yg mengalami cirit-birit & muntah, anda perlulah meminum air lebih dari jumlah biasa. Begitu juga ibu hamil atau ibu yg menyusukan bayi. Pengidap batu karang atau jangkitan pada pundi kencing juga perlu meminum lebih air untuk memulihkan kualiti kesihatan.
4) Manakala pesakit kegagalan hati & buah pinggang pula perlu merujuk pakar untuk mengetahui jumlah air yang boleh diambil kerana amnya mereka tidak boleh meminum air dlm kuantiti yg banyak.
5) Mereka yg bersenam disarankan meminum air sebelum, semasa dan selepas bersenam untuk memastikan anda mendapat bekalan air yg mencukupi dan menggantikan air yg keluar menerusi perpeluhan.
Tips
1) Untuk mengetahui samada anda sudah meminum air secukupnya, perhatikan warna air kencing anda. Sekiranya warna jernih, anda sudah menerima air secukupnya. Sebaliknya jika warna air kencing keruh @ kekuningan, maka jumlah air keperluan tubuh anda belum mencukupi.
2) Awas! Meminum air terlalu banyak pula boleh menyebabkan jumlah elekrolit dalam tubuh akan hilang. Untuk menggantikan elektrolit yg hilang, anda disarankan meminum minuman isotonic atau menambah secubit garam dalam air kosong sebelum minum.
3) Sekiranya anda mengambil makanan tambahan, anda juga disarankan meminum lebih air.
kKredit : jmhai-netline






![Wanita yang tak cium bau syurga.
صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا: قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُوْنَ بِهِ النَّاسَ؛ وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيْلاَتٌ مَائِلاَتٌ رُؤُوسَهُنَّ كَأَسْنَمَةِ الْبُخْتِ المْاَئِلَةِ، لاَ يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلاَ يَجِدْنَ رِيْحَهَا، وَإِنَّ رِيْحَهَا لَيُوْجَدُ مِنْ مَسِيْرَةِ كَذَا وَكَذَا
Maksudnya: “Ada dua golongan dari penduduk neraka yang aku belum melihat mereka sekarang. (Yang pertama) suatu kaum yang bersama mereka ada rotan-rotan seperti ekor lembu yang mereka gunakan untuk merotan manusia. (Yang kedua) para wanita yang berpakaian tapi hakikatnya telanjang, mereka miring lagi membuat orang lain miring. Kepala-kepala mereka seperti bonggol unta yang miring. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wangi syurga, padahal wanginya boleh tercium dari jarak perjalanan sekian dan sekian. [Muslim]
Wanita yang sengaja menbuat sanggul atau pakai sanggul palsu tuk perhiasan dan menarik perhatian maka hukumnya haram.
Tapi kalau rambut memang panjang dan setelah mengikatnya masih ada kebonjolan yang sukar dielakkan, maka itu tidak mengapa.](https://instagram.fkul12-1.fna.fbcdn.net/vp/c61541bf5aa9269e38b3f3468d73285f/5B65E1AA/t51.2885-15/e35/28430744_2003513006556313_3126698868222197760_n.jpg?se=7)
![Antara tips bangun awal subuh :
1) pasang niat dan berdoa kepada Allah agar dimudahkan.
2) jaga waktu tidur.
3) Lakukan Qoilulah [tidur seketika sebelum Zuhur] agar ada tenaga di malam hari.
Andaikata kalian terjaga lepas tamat Subuh tanpa sengaja, maka terus laksanakan solat Subuh. Boleh niat qodok dan boleh niat biasa.](https://instagram.fkul12-1.fna.fbcdn.net/vp/4587087f109a2f25f0de1e05661c44f0/5B5CDC11/t51.2885-15/e35/28436079_457169271362771_7847829118732206080_n.jpg?se=7)
![Tidak berdosa cabut uban.
Cuma ada di kalangan ulama melarang mencabut uban berdasarkan hadis,
Dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
لا تنتفوا الشيب فإنه نور يوم القيامة Maksud : "Janganlah mencabut uban karena uban adalah cahaya pada hari kiamat nanti". [Hadis riwayat Ibnu Hibban dalam Sahihnya. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahawa sanad hadits ini hasan]](https://instagram.fkul12-1.fna.fbcdn.net/vp/b7faffc2f0b9f0347165bc4f07a99ba4/5B5FE5DE/t51.2885-15/e35/28435430_172417773548989_1637305730111373312_n.jpg?se=7)
![Senyum itu boleh mengundang pahala, seperti senyum anak kepada ibunya.
Dari Jarir bin Abdillah radhiallahu anhu dia berkata:
مَا حَجَبَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُنْذُ أَسْلَمْتُ وَلَا رَآنِي إِلَّا تَبَسَّمَ فِي وَجْهِي
Maksud :"Sejak aku masuk Islam, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tidak pernah menolak aku untuk duduk bersama beliau. Dan tidaklah beliau melihatku kecuali beliau tersenyum kepadaku". [Hadis Bukhari dan Muslim]
Namun, jika senyum itu menimbulkan fitnah dan syahwat, maka hukumnya haram. Seperti senyum si gadis kepada pemuda yang berkemungkinan membawa kepada unsur buruk.](https://instagram.fkul12-1.fna.fbcdn.net/vp/8a0e0a3a7269892861b5fff5c5b71af2/5B632CC8/t51.2885-15/e35/28428483_1413244585469444_1604094770941001728_n.jpg?se=7)